PENANDA WACANA
Daripada: Loh Teu

Apakah itu penanda wacana ?



  • Menurut Nik Safiah Karin(2003),Perkataan/ rangkaian kata yang menunjukkan pertalian
  • Rangkai kata ayat yang digunakan untuk  merangkaikan ayat dengan ayat
  • Dikenali sebagai parangkai ayat / peranti linguistik
  • Unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara ayat


Kepentingan penanda wacana dalam penulisan

·       Mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan

·       Menghubungkan ayat dengan ayat, Menghubungkan perenggan dengan perenggan, Membantu pendengar/ pembaca memahami teks

 JENIS-JENIS PENANDA WACANA

Ø Penanda Kronologi
Ø Penanda Organisasi
Ø Penanda Idea

Penanda Kronologi

      Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.
      Definisi kronologi : susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.
      Contoh :
-         Kini                              - pada zaman dahulu
-         Lantas                         - pada hari esoknya
-         Mula-mula                 - beberapa tahun kemudian
-         Lepas itu
-         Semenjak itu
-         kemudian


Penanda Organisasi

      Menghubungkan bahagian wacana dengan bahagian wacana yang lain.
      Contoh:
-         Sebagai kesimpulan       - dengan perkataan lain
-         Untuk merumuskan       - dalam hubungan ini
-         Dalam hal ini                  
-         Tegasnya
-         Akhir sekali
-         Contohnya
-         Pertama

PENANDA IDEA
- Menghubungkan fakta dengan fakta / idea dengan idea yang lain
- Terbahagi kepada tiga iaitu
A.  mengembang idea
B.  menunjukkan pertentangan idea
C. menunjukkan hubungan antara sebab-akibat dan tujuan-syarat

A)               Mengembang/ Memperluas idea
      Contoh
-         Dan
-         Selanjutnya
-         Di samping itu
-         Selain itu
-         Lebih- lebih lagi
-         Tambahan pula
-         Begitu juga
-         Malah
-         Seterusnya

B)               Menunjukkan pertentangan idea
      Contoh
-         Bagaimanapun
-         Sebaliknya
-         Biarpun demikian
-         Tetapi
-         Pada masa yang sama
-         Sebenarnya
-         Sama ada
-         Namun demikian

C)              Menunjukkan hubungan anatara sebab- akibat dan tujuan- syarat
      Contoh
-         Jadi
-         Maka
-         Kecuali
-         Oleh itu
-         Dengan demikian
-         Maka
-         Berikutan dengan itu
-         Oleh sebab

Comments